Mr Ustaz Miss Diva
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 17.00
Share
‼️EBOOK MR USTAZ MISS DIVA‼️
"Allah still loves and shows mercy to those who disobey Him, so imagine how much He loves those who obey Him." [The Wondering]
Kemunculan seorang jiran baru merangkap ustaz membuatkan Delana yang alpa kembali celik. Sikit demi sikit hati yang keras mula mencair. Baru nak buka langkah, awal-awal lagi niatnya dibatalkan bila Encik Imam jiran sebelah rupanya sudah bertunang.
"Mommy, I nak kahwin." -Dee
Pantas saja dia meminta si ibu mencarikan calon suami untuknya. Tak boleh bertangguh lagi mahu punya imam sendiri. Tak seronok asyik mencuri dengar Encik Imam sebelah rumah mengaji.
Tetapi calon suami kena mengikut ciri-ciri yang dia mahu.
Warak dan Alim
Kacak a.k.a sedap sangat mata memandang
Bagai mahu pitam Puan Dalina mendengar permintaan si anak. Mana dia nak cekau lelaki muda yang kacak tetapi warak! Pelik sungguh permintaan anak yang sinonim digelar Miss Diva itu.
Puas dia mencari, akhirnya Ustaz Ukail pilihan yang tepat!
Saat mata saling bertentang, Delana terpanar. Sebaris nama Syed Aqasha menggamit kenangan lama yang mencarik luka.
Delana yang ikhlas mahu menerima Ustaz Ukail terus berubah. Perkahwinan yang disangka akan bahagia hingga ke syurga entah ke mana bila sebaris nama Aqasha sentiasa menjadi penghalang damai mereka.
Siapakah Aqasha dan mampukah Delana menerima Ustaz Ukail sebagai suami?