Faris, My Best Friend's Brother
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Blurb Faris, My Best Friend's brother
Hidup Sara Hanim sudah berantakan semenjak kecil. Umurnya mash muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar.
Dek tanggungjawab itulah menemukan dia dengan Faris Ad Deen. Lelaki yang tiba-tiba muncul di saat dia memerlukan. Lelaki yang sentiasa menghulur tangan untuk membantunya.
"Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita baru jer kenal."- HANIM
"Allah yang pertemukan kita: - FARIS
Mengenali siapa sebenarya Faris membuatkan rasa cinta yang baru bercambah di hati segera dihapuskan. Hidup dia dengan Faris bagai langit
dengan bumi. Puas dia menjauh, tetap Faris sentiasa mendekat. Bersungguh mahu menjadikan Hanim isterinya.
"Kita ni tak sekufu. Faham tak? Macam langit dengan bumi. Jadi kalau tak mampu nak ikut syarat saya, kita tak payah kahwin. - HANIM
"Saya setuju. Kita kahwin tapa pengetahuan keluarga saya." - FARIS
Bermulalah detik perkahwinan rahsia. Faris beri segalanya untuk Hanim. Asalkan gadis itu bahagia. Tetapi tapa sedar berkahwin dengan Faris sebenarnya membuatkan Hanim menderita dalam diam.
"Saya merayu... tolong bagitahu saya di mana Hanim? Saya janji dengan mak kali ni Hanim takkan menangis lagi." - FARIS
Hanim cuba menjauh tetapi Faris juga tak pernah berputus asa.
Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan rahsia mereka? Mampukah Faris menunaikan janjinya untuk bahagiakan Hanim?